Menu

Wednesday, September 22, 2010

Kejatuhan ekonomi Amerika: Kembali kuasa dinar emas

Ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang menjadi tonggak kepada ekonomi kapitalis kini berada pada tahap terburuk dan lembap. Kelembapan itu turut menjangkiti negara-negara lain di dunia. Tiga per empat daripada dolarnya berada diluar negara dengan nilai yang terus menyusut.

Kegemilangannya dilihat terus merudum. Tidak seperti detik bersejarah Perjanjian Bretton Woods pada tahun 1944 yang telah menipu dan memperdaya 44 buah negara supaya bersetuju menyandarkan mata wang kertas negara mereka kepada dolar AS. Tipu daya itu berlangsung menerusi jaminan adikuasa itu bahawa dolarnya adalah bersandarkan kepada emas iaitu sebanyak US$35 bagi setiap auns.

Penipuan terbesar adalah semasa pemerintahan Presiden Nixon yang mana pada tanggal 15 Ogos 1971 secara unileteral telah memungkiri perjanjian Bretton Woods dengan tidak lagi menyandarkan dolarnya kepada emas akibat kemelesetan ekonomi yang disebabkan oleh keperluan pembiayaan Perang Vietnam serta defisit imbangan pembayaran yang berterusan.

Semenjak runtuhnya Perjanjian Bretton Woods, sistem kewangan dunia telah digantikan dengan sistem mata wang apungan di mana nilai mata wang sesebuah negara, dinilaikan pada mata wang negara lain. Kaedah ini mengakibatkan ketidaktentuan turun naik nilai mata wang sekaligus memberi peluang kepada spekulator mata wang mengaut keuntungan atas kerugian negara lain. Richard Duncan, dalam bukunya “The Dollar Crisis,” meramalkan kemungkinan satu krisis ekonomi yang mungkin lebih buruk daripada ‘Great Depression’ seandainya sistem kewangan sekarang diteruskan.

Melihat kepada kekurangan yang ada pada sistem mata wang apungan ini, ramai pakar ekonomi berpendapat bahawa penggunaan dinar emas adalah sangat disyorkan agar digunapakai kembali sebagai alat menyimpan nilai dan perantara pertukaran terutama dalam perdagangan antarabangsa. Langkah ini disyorkan kerana dinar emas terkenal dengan sifat stabil terhadap aktiviti spekulasi dan manipulasi.

Dari segi tabungan, emas lebih stabil berbanding wang kertas kerana nilainya tidak mengalami turun naik yang ekstrem dan tidak merosot akibat inflasi. Dari segi zakat, hukum Islam menetapkan bahawa zakat hanya boleh dibayar dalam bentuk barangan nyata. Dinar emas sangat sesuai berbanding wang kertas kerana wang kertas hanya laku atas jaminan kerajaan yang mengeluarkannya. Sedangkan emas tidak memerlukan mana-mana pihak untuk mengesahkan nilainya kerana ia dengan sendirinya mempunyai nilai.

Umar Ibrahim Vadillo merupakan individu yang melihat penggunaan dinar emas sebagai jalan penyelesaian kepada krisis ekonomi dunia. Beliau telah berusaha keras untuk mencipta iklim ekonomi yang bersandarkan dinar emas yang sepatutnya menjadi mata wang umat Islam. Malah, beliau juga yang telah melobi Tun Mahathir selepas negara di landa krisis mata wang pada tahun 1997 untuk bertukar kepada penggunaan dinar emas. Hujahnya, mata wang dinar emas bukan sahaja mampu dijadikan sebagai kaedah utama pembayaran berikutan terdapat lebih daripada satu bilion umat Islam di dunia ini malah kedudukan ekonomi sesebuah negara akan lebih terjamin kerana dinar emas merupakan komoditi yang mempunyai harga yang stabil.

Pada tanggal 18 Ogos 1991, beliau dengan lantang telah mengeluarkan fatwa bahawa wang kertas adalah haram. Fatwa berkenaan merumuskan bahawa wang kertas adalah satu bentuk hutang (janji yang dibayar oleh pihak yang mengeluarkannya) dan oleh itu tidak boleh digunakan sebagai alat pembayaran. Ini bertepatan dengan takrifan daripada Imam Malik r.a. yang mentakrifkan wang sebagai “sebarang komodititi yang diterima umum digunakan sebagai alat pertukaran”. Oleh yang demikian, manusia mempunyai kebebasan untuk memilih sebarang komoditi yang bernilai sebagai mata wang dan bukan mata wang yang dipaksa nilai ke atasnya.

Menyelusuri sejarah, dinar emas telah menjadi piawai bagi mata wang dunia, selama beribu-ribu tahun, sehinggalah ia diganti kepada wang kertas dolar hanya pada awal tahun 1970-an.

Dinar berasal dari perkataan bahasa Latin Denarius iaitu matawang yang digunakan oleh Kerajaan Rom yang diperbuat dari logam perak. Ianya digunakan pada tahun 211 sebelum masihi di mana 1 denarius perak beratnya kira – kira 4.5 gram.

Dari perkataan Denarius ini, wujudlah pelbagai matawang yang lain seperti Denier (mata wang perak Perancis), Denaro (mata wang perak Itali), Dinar (mata wang emas Islam), Dinero (mata wang perak Sepanyol) dan Dinheiro (mata wang perak Portugis).

Pada penghujung zaman Republik Roman, mata wang Denarius dari logam emas mula digunakan dengan dikenali sebagai Denarius Aureus yang bermaksud Denarius Emas. Semenjak dari itu, perkembangan mata wang emas telah berubah mengikut peredaran zaman di mana semasa pemerintahan Constantine The Great (306 – 377 Tahun Masihi) mata wang emas lama telah ditukar dengan mata wang yang lebih ringan yang dikenali sebagai Solidus yang beratnya 4.5 gram.

Mata wang emas Solidus ini telah digunakan sehingga berakhirnya zaman Empayar Byzantium dan telah tersebar penggunaannya ke seluruh Semenanjung Tanah Arab sehinggalah ke zaman awal Islam. Dari zaman bermula berkembangnya agama Islam, penggunaan mata wang dinar emas dan dirham perak dari Parsi telah digunakan menjadi mata wang bagi setiap ummah ketika itu dalam urusan jual beli.

Hanya pada zaman pemerintahan Khalifah yang ke-3 iaitu Khalifah Saiyidina Ummar al-Khattab (13 – 23 hijrah / 633 – 644 masihi), penggunaan mata wang dinar dan dirham mula dikawal dari segi corak dan berat. Di bawah pemerintahan Khalifah Ummar, corak mata wang Islam telah diukir dengan nama Allah s.w.t. dan sebahagian dari ayat-ayat suci al-Quran. Berat mata wang Islam ini juga telah ditetapkan iaitu mata wang dinar mestilah mengandungi emas seberat 1 mithqal (iaitu seberat 4.25 gram ukuran pada masa kini). Manakala bagi mata wang dirham pula, beratnya adalah sebanyak 2.975 gram perak (ukuran pada masa kini) di mana jika nilai tukarannya dengan dinar ialah 7 dinar emas bersamaan dengan 10 dirham perak.

Kepentingan dinar emas jelas dicatat dalam buku Ibn Khaldun yang bertajuk “al-Muqaddimah.” Di dalam buku tersebut, mencatatkan akan wahyu Allah s.w.t. memasukkan dinar serta dirham dan ini telah membawa bersamanya banyak kaitan dalam hukum seperti zakat, perkahwinan dan hudud. Sebab itu di dalam wahyu Allah s.w.t. dengan jelas telah menyatakan akan ukuran yang tetap mengenai zakat dan sebagainya dengan menggunakan dinar dan dirham tidak dengan yang lain.

Islam mementingkan keredaan Allah s.w.t. dalam setiap pelakuan dan pekerjaan yang dilakukan kerana keredaan Allah s.w.t. akan memberikan kesejahteraan kepada kehidupan dunia dan akhirat. Idea mengembalikan dinar emas bukan suatu perkara kecil kerana ia secara langsung atau tidak, turut melibatkan soal sistem sosial, ekonomi, politik, dan, keberkatan dari-Nya.

Malah, kelemahan umat Islam sedunia mula ketara apabila berakhirnya penggunaan dinar emas. Menurut sejarah, pemerintahan Islam di bawah Khalifah Uthmaniyah di Istanbul, Turki telah dihelah dengan kemajuan dan pembangunan. Pinjaman wang kertas daripada Eropah untuk membangunkan Turki telah menjadikan negara tersebut berhutang dan melalui sistem wang kertas bersama riba telah melemahkan pemerintahan Khalifah.

Riba sangat dibenci Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Ini diterangkan dalam al-Quran yang bermaksud: “Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah bahawa Allah dan Rasul-Nya akan memerangi kamu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya,” (al Baqarah:279).

Memang tidak dapat dinafikan, sistem wang dunia berasaskan wang kertas dan berlandaskan riba ini telah telah membawa kepada banyak kerosakan seperti kemiskinan, kerosakan alam sekitar, monopoli pengeluaran dan pengedaran. Sistem ini juga menimbulkan berbagai masalah seperti pengangguran, jenayah, maksiat dan kejatuhan moral. Sistem ini yang dikendalikan oleh institusi perbankan, sistem demokrasi dan ahli politik yang tidak bertanggungjawab telah memberi sumbangan kepada kesengsaraan masyarakat dunia.

Ibnu Abbas r.a. dari Ishaq Ibn Basheer dan Ibn Asakir di Kanz al-Ummal mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud: “Orang yang pertama mengikuti Dajjal adalah 70,000 orang Yahudi…dan antara tanda pelepasan Dajjal adalah amalan riba.”

Kini, dinar emas telah kembali dan ramai umat Islam dan bukan Islam dari seluruh dunia menyeru supaya dinar emas ini dikembalikan. Ditengah-tengah kekalutan ekonomi yang melanda kini, kilauan dinar emas dilihat dapat mengembalikan sistem kewangan yang lebih munasabah dan mantap. Ramai yang telah sedar akan tipu helah sistem kewangan yang ada dan masyarakat dunia sudah mula meminta supaya mengembalikan kebebasan untuk memilih. Sekiranya demokrasi dilaungkan di seluruh dunia supaya diamalkan dalam semua perkara, mengapa tidak kebebasan diberikan untuk memilih dinar sebagai wang?

thanks to >> http://www.dppnjohor.blogspot.com/

Read more »

pRODUK eMAS pUBLIC gOLD

Produk jualan kami ialah emas keluaran Public Gold seperti di bawah :

1) Emas Keping / Bar Public Gold – berat 20g, purity 24k, 999.9

2) Emas Keping / Bar Public Gold – berat 50g, purity 24k, 999.9

50g20g

3) Emas Keping / Bar Public Gold – berat 100g, purity 24k, 999.9

100gram

Our Dinar PDF Print E-mail

Gold Dinar Coins

Dinar 1
Ingot dinar_1.png
Diameter 18mm
Metal Au
Weight 4.25g
Thickness 0.72mm
Purity 916
Dinar 5
Ingot dinar_5.png
Diameter 32mm
Metal Au
Weight 21.25g
Thickness 1.5mm
Purity 916
Dinar 10
Ingot dinar_10.png
Diameter 38mm
Metal Au
Weight 42.5g
Thickness 2.18mm
Purity 916

Harga jualan – mengikut harga semasa di laman http://publicgold.com.my dan http://publicdinar.com/ atau

LIVE GOLD PRICE charts: Live Gold Price

Public Gold Authorised Dealers –

ABDUL RAZAK ALI 0173172345

Delivery charges:

Item

Transportation Cost for West Malaysia (RM)

Transportation Cost for East Malaysia (RM)

Gold Bar 20 grams

10

20

Gold Bar 50 grams

20

40

Gold Bar 100 grams

30

60

Kilobar 1000 grams

500

1000

Gold Coin 50 grams

20

40

Read more »

Tuesday, September 21, 2010

Kenapa semua orang PERLU menyimpan emas

Seperti yang kita sudah sedia maklum, emas memang menjadi sumber pelaburan paling selamat sejak dari zaman dulu lagi. Tetapi masih ramai lagi rakyat di Malaysia ini tidak menyedari akan kepentingan pelaburan emas ini.

Mengapa kita perlu menyimpan emas?

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
—————————————————-——
Sejak dari dulu lagi emas menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.

Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh
menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
—————————————————————–—————————–
Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Siapa
yang simpan emas sejak masa itu, memang menguntungkan!

Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun. Siapa nak
bagi anda untung setinggi ini? ASB jika tinggi pun, anda akan dapat 12% setahun. Yang mana satu lebih untung?

Jika anda kawin pada tahun 2001, barang kemas 916 dibeli pada harga RM50 segram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM122 segram!!

3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
—————————————————————–——————————-
Senang saja. Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan sekarang – tahun 2009? RM 5 sehari pun tidak cukup..

4. Aset yang terunggul
————————————
Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah negara kita dilanda peperangan. Kita lari dengan membawa emas ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan emas itu, kita mampu hidup di negara tersebut. Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah ianya laku di negara lain? Ibarat ‘wang kertas Iraq’ yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan.

5. Ia tidak boleh dimanipulasikan
—————————————————-
Emas sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.

Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Rm 1 juta hari ini tidak akan bernilai RM1 juta lagi pada 5 tahun akan datang.

Read more »

Public Bank Gold Investment Account

Salah satu alternatif kpd sesiapa yg ingin melibatkan diri dlm pelaburan emas ialah dengan membuka Akaun Pelaburan Emas Public Bank. Keterangan lanjut disini .

Kelebihan :

1) Anda tidak perlu pening kepala memikirkan tempat untuk menyimpan emas, kerana ia tidak melibatkan pembelian emas fizikal. Sebarang transaksi jual/beli akan direkodkan ke dalam sebuah passbook yang disediakan kpd pelabur.

2) Modal yg kecil seminima 10g (bersamaan RM874.50 berdasarkan harga hari ini RM87.45/gram) untuk memulakan pelaburan.

3) Modal yg kecil untuk menambah pelaburan iaitu seminima 5g.

4) Kadar spread yang rendah antara harga belian dan jualan balik.

Kelemahan:

1) Anda tidak mendapat emas fizikal, oleh itu anda tak boleh gadai . :)

Read more »

Kenapa pilih pelaburan Emas?

Kenapa emas? Kadangkala kita seringkali lihat makcik2 kita, tak kira siapa, mak sedara, nenek kita, nenek kawan2 kita atau makcik2 di kampung kita, di pasar2, di mana sahaja, kalau di Terengganu ni, anda pergi lah jenguk di pasar payang, kalau di Kelantan, pegi pasar siti khadijah, makcik2 pakai gelang emas sampai ke siku! Pernahkah kita terfikir kenapa? bukan cantik sangat pun pakai gelang emas sampai ke siku, atau pakai rantai sampai berat leher? Begitu juga, jangan lupa tayangan anak mami yg mengagongkan emas di lengan?

Ini semua adalah kerana nilai emas itu sendiri, makcik2 yang dah tua tu pun tau nilai emas yang tak pernah turun-turun, malangnya kita yg berpelajaran, yg berinternet, yang terlebih ilmu ni ‘kurang’ tau menilai aset yang sangat bernilai ini. ‘Kurang tau menilai’ ini, menyebabkan kita kurang ‘excited’ untuk memilikinya. Kita tinggalkan kegilaan memiliki emas ni kpd isteri kita sahaja, biarlah orang rumah kita sahaja yg beli dan pakai. Malangnya kita, kita sibuk cari bisnes2 lain, masuk MLM itu ini, skim cepat kaya semua kita cuba. Padahal semua modal2 kita yg dahulu yg hangus dlm skim2 tu, kalau kita beli emas dari dulu, mungkin sekarang kita dah kaya-raya atas kenaikan harga emas di pasaran yg tak pernah turun2!.

Saya tidak berkata kepada anda sahaja, kerana saya juga begitu. Saya selalu dengar tok nenek saya cakap, kalau dapat anak perempuan, sekurang-kurangnya kena ada jugak emas, “besar janggut udang pun takpe”. Betapa dalam maksudnya jika saya teliti dari dulu, nak gambarkan betapa tingginya nilai emas yang tak akan turun.

Kita berbalik pula kepada cerita makcik di pasar khadijah dan pasar kedai payang, urat urat emas ditangan bukan sahaja bermakna kejayaan dalam perniagaan mereka atau lambang perhiasan mereka, ia juga lambang simpanan dan pelaburan mereka. Apabila masa kemarau datang, mungkin urat urat emas ini akan di pajakkan kepada tukang tukang pajak, dan ditebus apabila mampu kembali.
Kenapa memilih emas sebagai salah satu portfolio pelaburan anda?

Cuba teliti tajuk berkenaan, saya tidak mencadangkan anda memilih emas sebagai pelaburan alternatif, tetapi saya mencadangkan supaya emas dijadikan salah satu portfolio pelaburan anda. Dengan kata lain, kalau boleh, jadikan pelaburan emas ini sebagai pelaburan anda yang utama.

Faktanya jelas:

* Emas adalah simpanan jangka sederhana dan panjang yang selamat di mana harga emas sentiasa menunjukkan peningkatan. Harga (USD) utk 1 oz seperti berikut; Tahun 2003, usd337-398, 2004 usd387-452, 2005 usd423-509.
* Emas mempunyai nilai tersendiri tidak seperti wang yang merujuk kepada pasaran global semasa.
* Emas bernilai sejak zaman dahulu kala hingga sekarang tidak kira apa jua berlaku terhadap peradaban dunia.
* Emas bernilai dan merupakan simpanan yang kukuh lebih daripada wang pada semua keadaan seperti waktu peperangan atau kegawatan ekonomi.
* Berdasarkan prestasi nilai emas, purata peningkatan nilai mencatatkan rekod 10% atau lebih setiap tahun.

Sila rujuk graf kenaikan harga emas di bawah untuk melihat unjuran peningkatan 10 tahun sehingga Julai 08.

Read more »

Apa kata Dato’ Salleh Majid berkenaan Pelaburan Emas




Saya ingin bercerita sedikit tentang emas sebagai pelaburan. Sebenarnya emas sudah menjadi bahan pelaburan sejak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isaac Newton.

Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas. Pada 6 Oktober 2009 baru-baru ini, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak AS$24.60 kepada AS$1,041.80 seauns sehari. Enam bulan dulu harga terendah emas ialah AS$868.70 dan setahun dulu harganya ialah AS$709.50 seauns. Dalam masa setahun harga emas naik sebanyak 46.8 peratus. Lima tahun dulu harga terendahnya ialah AS$412.10 iaitu kenaikan sebanyak 152.8 peratus. Secara purata seseorang yang melabur jangka panjang mendapat pulangan purata dalam masa lima tahun sebanyak 30.5 peratus. Rasanya pelaburan di pasaran saham sendiri tidak boleh memperolehi keuntungan sebanyak itu.

Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas. Cara yang baik untuk melabur emas ialah dengan membeli syiling emas atau emas keping selain barang kemas. Untuk makluman, suatu auns bersamaan dengan 31.10 gram. Bagaimana pun harga jualan emas di institusi kewangan berbeza-beza kerana harga emas bukannya sesuatu yang terkawal. Banyak kos perkhidmatan seperti insurans diambil kira oleh institusi-institusi ini. Syiling dan emas keping ini boleh diperolehi di bank-bank seperti Maybank dan OUB. Ada juga yang menggunakan buku pas seperti Public Bank tetapi pelanggan tidak menyimpan dan melihat emas sebenarnya hanya jumlah dan harga semasa pembelian dimasukkan ke dalam buku pas. Kini ada pembelian dan penjualan boleh juga dilakukan dengan Koperasi Etika Emas yang mempunyai cawangan di seluruh negara.

Kenaikan harga emas tertakluk lazimnya atas tiga faktor utama. Pertama penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut. Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah. Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia.

Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi. Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi. Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun.

Faktor ketiga ialah kenaikan harga petroleum akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, jika harga petroleum jatuh. dijangka emas juga akan turun tetapi pada tahap minimum. Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam bentuk emas dan diterangkan secara lengkap di dalam www.gold.org/value. Orang ramai boleh melabur secara langsung dengan membeli emas bulion (jongkong), syiling emas, dinar emas, atau secara tidak langsung melalui gold futures, options, waran atau sijil pelaburan. Salah satu cara paling popular dan cepat berkembang dalam sekuriti bursa di seluruh dunia yang dikenali dengan nama Gold ETF (Exchange Traded Fund). Antara bursa saham dunia yang menawarkan Gold ETF ialah di Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Hong Kong, Jepun, Mexico, Afrika Selatan, Switzerland, Singapura, Turki dan United Kingdom. ETF ini dalam bentuk sekuriti dan disokong 100 peratus oleh emas secara fizikal. Pelaburan secara ini berkembang dengan pesat sehingga 38 peratus daripada pelaburan yang dikenal pasti terdiri daripada sekuriti bentuk ini. Di sini belum ada lagi Gold Emas ini diperdagangkan di bursa kita. Melihat pergolakan yang berlaku sekarang terutama sekali tergugatnya kedudukan Dolar Amerika ekoran krisis ekonomi yang berpunca di Amerika, daripada mereka dan merebak ke seluruh dunia. Orang ramai sudah tentu mencari sesuatu bentuk pelaburan yang lebih selamat daripada pergolakan harga.

DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia
Read more »

Teknik penjualan emas




Baiklah, sekarang saya ingin berkongsi cara-cara membuat keuntungan dengan emas.

Saya pasti ini adalah topik yang sangat menarik.

Pelaburan emas akan memberikan pulangan yang lumayan jika anda memahami dan menguasai teknik-teknik yang saya akan kongsikan dibawah.

Namun anda perlu siapkan minda anda terlebih dahulu. Bila minda sudah bersedia.. semuanya mudah belaka :)

.
Siapkan minda anda terlebih dahulu.

First sekali, sebagai pelabur emas anda perlu memahami perkara-perkara dibawah:

1. Emas adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang. Ia memang akan
menguntungkan pelabur. Tempoh masa untuk pelaburan emas disarankan
sekurang-kurangnya 1 tahun ke atas. Kesabaran penting kerana ia melibatkan
proses menunggu harga emas naik dan turun.

2. Di dalam pelaburan emas, anda perlu menggunakan konsep mulakan sekarang.
Beli emas dulu kemudian tunggu (buy first then wait), bukannya tunggu masa
yang sesuai untuk bermula.

3. Sebagai komoditi, harga emas sentiasa ada turun naiknya tetapi di dalam
jangka masa panjang harganya akan meningkat naik.

4. Pelaburan emas tidak menjamin pendapatan tetap setiap bulan.
Jika anda mahu menjana pendapatan setiap bulan maka pelaburan emas
bukanlah jawapannya. Jawapannya ialah perniagaan emas.
Ya! Anda kena melabur sambil berniaga emas.

5. Pelaburan emas yang sebenar bukanlah dengan cara menyertai skim-skim
pelaburan emas. Anda akan temui beberapa syarikat yang menawarkan
pulangan lumayan jika anda melabur emas dengan syarikat mereka
(contohnya memberikan pulangan tetap 2%-3% sebulan).
Ini kerana risikonya adalah tinggi. Sudah banyak syarikat yang menawarkan
pelaburan emas telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia atau cabut lari.

6. Semakin banyak ilmu yang anda perolehi maka menjana pendapatan
dengan emas akan menjadi lebih mudah. Justeru anda perlu rajin membaca
laman-laman web yang berkenaan emas. Contohnya ialah:

i. Kitco (www.kitco.com)
ii. The Bullion Desk (www.thebulliondesk.com)
iii. Goldsilver.com (www.goldsilver.com)
iv. Mineweb (www.mineweb.com)
v. Casey Research (www.caseyresearch.com)
vii. Bullionvault Gold News (http://goldnews.bullionvault.com/)
viii. World Gold Council (http://www.gold.org/)

Baiklah, sekarang saya akan bercerita tentang pelan tindakan. Untuk pengetahuan anda pelaburan emas yang baik memerlukan strategi dan pelan tindakan yang baik.
Read more »