emas publicgold,membeli emas, | Jutawanemas,Pelaburan emas,beli emas, Public Gold, Public Dinar, Etika Emas, Kijang Emas, Dinar Emas, Gold Saving Passbook, Barang Kemas, Harga Emas emasraub

Menu

Friday, October 8, 2010

Agen Pengedar Emas

________________________________________________________________________

peluang_keemasan_menjadi_agenAssalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca semua? Harap sihat sejahtera adanya… saya kat sini sihat dan bertambah teruja… mengapa saya teruja ye?

Sebenarnya ada satu perkara yang sangat mengembirakan yang perlu saya kongsikan bersama anda.

Saya gembira kerana Public Gold kini telah menawarkan peluang kepada individu untuk menjadi agen mereka dengan modal yang sangat berpatutan.

Ini membolehkan anda mendapat keuntungan melalui perniagaan emas tanpa memerlukan modal yang besar.

Dengan kata lain anda boleh menjadi pelabur + berniaga emas :)

Imbasan kembali tentang Public Gold.

Pada 4 November 2008, saya ada menulis artikel berkenaan Public Gold telah menawarkan peluang kepada individu, syarikat dan koperasi untuk menjadi agen mereka.

Anda boleh baca artikel tersebut disini (klik sini) .

Namun ketika itu modal yang diperlukan adalah tinggi, iaitu sekitar RM250,000. Jadi ia sedikit sebanyak menjadi halangan kepada mereka yang berminat menjadi menceburi business emas walaupun ianya adalah perniagaan yang menguntungkan.

Sekarang modal agen hanyalah RM38 xxx
(bergantung kepada harga emas semasa)

Public Gold telah membuka peluang menjadi agen kepada mereka yang berminat dengan modal yang minima.

Sekarang, dengan modal RM38 xxx++ anda sudah boleh menjadi agen Public Gold dan boleh mulakan perniagaan emas anda sendiri.

RM38 xxx++ tersebut anda akan mendapat 7 jenis produk Public Gold iaitu:

1. Gold Bar 20 gram x 1 keping
2. Gold Bar 50 gram x 1 keping
3. Gold goin 50 gram x 1 keping
4. Gold Bar 100 gram x 1 keping
5. 1 Dinar x 1 keping
6. 5 Dinar x 1 keping
7. 10 Dinar x 1 keping

Selain itu anda akan mendapat aksesori-aksesori ini:

1. Kotak kayu untuk mengisi emas (gambar bawah)
2. T-shirt Public Gold
3. Profil Korporat Public Gold
4. DVD Korporat Public Gold

p/s: RM38 xxx itu tak fixed. Kos menjadi agen bergantung kepada harga emas. Kalau harga emas turun maka kos jadi agen pun akan berkurangan. Kalau emas naik, maka kos jadi agen pun akan naik.

set_lengkap_public_gold
Dengan 3x K ++ anda akan mendapat set lengkap gold bar dan dinar.
termasuk 50 gram gold coin.

Kalau anda nak tahu harga sebenar jadi agen, anda boleh buat pengiraan sendiri berdasarkan harga emas kat website www.publicgold.com.my dan juga www.publicdinar.com.my

pg_price

public_dinar_price

Pendapat saya.

Pada pendapat saya modal tersebut adalah sangat rendah bagi business emas ini. Satu peluang keemasan yang perlu diambil.

Dengan menjadi agen Public Gold anda boleh membeli dan menjual emas pelaburan Public Gold.

Emas pelaburan memang senang dijual. Very hot item :)


Gold Bar 20 gram, 50 gram dan gold coin 50 gram

dinar_specs1
Dinar Emas 1 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar

Kebaikan menjadi agen Public Gold.

Memandangkan saya sendiri telah menjadi agen Public Gold, maka saya boleh bercerita tentang kebaikan menjadi agen dengan panjang lebar:

1. Produk Public Gold sangat senang dijual. Ini kerana Public Gold menjual emas
pelaburan dengan harga yang lebih rendah berbanding harga kedai emas.
Perbezaan diantara harga belian dan jualan sekitar 5% – 6% adalah sangat kecil.

2. Gold bar Public Gold tetap diterima walaupun calar dan bengkok, asalkan
beratnya tetap sama. Jadi, peace of mind kepada pembeli emas Public Gold nie.

3. Stok yang sentiasa ada. Walau harga emas naik atau turun, kita tetap boleh order
daripada Public Gold. Tak pernah mereka cakap stok tak ada. Stok sentiasa ada.

4. Agen diberi pamplet secara percuma oleh syarikat. Jadi senang nak buat promosi.

pamplet
Dengan pamplet, Senang sikit nak promote.

Faedah menjadi Agen – Komisyen jualan.

Dalam surat tawaran Public Gold memberi komisyen sebanyak 1.5% untuk jualan dan 0.3% untuk belian semula. Maksudnya, kalau anda order stok daripada Public Gold maka anda akan dapat komisyen 1.5% (daripada nilai jualan).

Jika anda menjual emas semula kepada Public Gold, maka anda akan dapat 0.3% komisyen (daripada nilai keseluruhan emas).

Tetapi jika anda pandai mengatur strategi, maka anda boleh mendapat komisyen yang lebih tinggi seperti 5% ke 6% untuk setiap jualan. Strategi ini telah saya ajarkan kepada pembaca jutawanemas yang menjadi agen.

Seronok bila dapat bantu orang buat duit nie…

Selain itu, saya akan memberikan teknik-teknik lain untuk memaksimakan keuntungan perniagaan emas anda.

Target Jualan Bulanan.

Updated – Sekarang tiada target jualan bulanan. Anda akan dapat komisyen berdasarkan nilai jualan emas anda.

Kalau jual 1 dinar pun tetap akan dapat komisyen jualan.

Hehehe… memang best :)

Bagi agen yang baru dilantik, terdapat target jualan bulanan iaitu RM20,000 sebulan. Ini untuk memastikan agen-agen yang dilantik memberikan komitmen di dalam business ini, bukan semata-mata hendak membeli emas dengan harga diskaun. Perkara ini dimaklumkan kepada saya oleh Mr. branson, CEO Public Gold.

Bagi saya, sales RM20,000 sebulan memang mudah tercapai. Kalau sales tak sampai RM20,000 maka komisyen kena hold. Bila jualan dah mencecah RM20,000 then semua komisyen akan dibayar.

Kesimpulan.

Bagi saya, ini adalah satu peluang yang sangat baik bagi anda memiliki perniagaan emas sendiri.

Jika anda mempunyai modal dan juga keinginan untuk mencari perniagaan yang menguntungkan, maka menjadi agen Public Gold merupakan pilihan yang baik. Bukan sekadar mendapat keuntungan, namun ini adalah peluang bagi anda untuk berkongsi ilmu berkenaan kepentingan emas dengan masyarakat di luar sana.

Anda untung, mereka pun untung.

Jika berminat, hubungi saya.

Jika anda berminat menjadi agen Public Gold, anda boleh hubungi saya dengan menghantar pertanyaan (klik sini) ataupun letakkan di bahagian komen.

Saya amat gembira sekiranya dapat membantu anda menjadi usahawan emas yang berjaya.

Kalau nak berbincang mengenai perkara ini dalam forum, saya amat mengalu-alukan. Banyak benda kita boleh berkongsi di sana.

Apa tunggu lagi, rebutlah peluang ini sekarang!

Read more »

Pengiraan Harga Emas : cara termudah

Salam sejahtera kepada semua pembaca.

Sekarang saya ingin berkongsi cara termudah mengira harga emas pasaran dunia. Anda boleh menggunakan harga ini sebagai perbandingan dengan harga emas yang dijual di Malaysia.

Tapi ada pembaca yang masih memerlukan panduan yang lebih lengkap, so ini adalah artikel part 2 :) – Pengiraan harga emas cara termudah.

Dengan ilmu ini anda akan membuat perbandingan harga emas yang dijual oleh bank, kedai emas, Etika Emas, Kedai Emas Poh Kong, Habib Jewel dan sebagainya dengan harga emas dunia.

Pertama sekali anda perlu tahu yang harga harian emas dunia ditetapkan di pasaran emas London. Jadi harga ini akan digunapakai oleh pasaran emas dunia yang lain Seperti New York, Swiss dan Hong Kong.

Daripada harga ini.. maka perdagangan emas dijalankan. Permintaan dan penawaran emas akan menyebabkan berlaku turun naik harga seperti yang dapat dilihat di www.kitco.com

Bagaimana mengira harga emas dunia?

First sekali anda boleh lihat harga emas pasaran London dengan melawati laman web London Bullion Market Association

So, anda dapat lihat rate harga emas harian untuk pasaran London kat bahagian current statistic:

Sebelum tu, anda kena tahu beberapa fakta:

1. Harga emas ditetapkan sebanyak 2 kali sehari (AM fixed dan PM fixed)
2. Harga yang dipaparkan adalah untuk 1 Troy Ounce emas (bersamaan 31.10 gram)
3. harga rujukan yang digunakan ialah PM fixed (bulatan merah)
4. Waktu London dan Malaysia berbeza 7 jam
(Malaysia pukul 8 malam – London baru pukul 1 tengahari)

Untuk contoh pengiraan, saya akan gunakan harga USD (refer gambar di atas).

Tarikh: Jumaat 12/9/2008 – London time

Harga ditetapkan ialah USD750.25/ Troy Oz
Jadi untuk tukar kepada harga segram maka:

USD750.25 / 31.10
= USD24.1237 segram

Sekarang kita dah dapat rate dalam USD. Sekarang kita nak kena tukar ke RM pula. So, anda pergi ke laman web http://www.xe.com/ucc/

Pilih convert: USD to Malaysian Ringgit (MYR)

Daripada conversion rate, didapati bahawa harga semasa emas dunia pada 12/9/2008 ialah RM81.99 segram.

Lepas anda dah dapat harga semasa emas dunia, maka anda boleh bandingkan dengan rate emas semasa yang ditawarkan oleh bank atau kedai emas:

Sebagai contoh, Public Bank, Maybank dan UOB Bank. Jom lihat satu persatu:

Maybank:

Rate pada 12/9/2008

1. Rate jualan emas Gold Saving = RM87.75
2. Rate jualan Kijang Emas = RM88.07/gram

Link: http://www.maybank2u.com.my/rates/gold_rates.shtml

Public bank:

Rate pada 12/9/2008

1. Rate jualan: RM85.99 / gram

Link: http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/rates/goldinvest.html

UOB Bank pulak..

Rate pada 12/9/2008

hehe.. cuba kira sendiri harga.. saya dah tunjukkan :)
p/s: Ini adalah harga emas fizikal.

http://www1.uob.com.my/jsp/finance/fin_gold.jsp?func=gold

Kedai emas Poh Win Melaka pula (saya survey pada 14/9/2008)

Harga PAMP Suisse 10 gram = RM1190.00 (RM119/gram)
perg!!! mahal…

Oklah! dengan pengetahuan ini, saya berharap anda semua dapat tahu bagaimana mengira harga emas semasa dunia, dan kemudian bandingkan dengan harga emas kat pasaran Malaysia. Jadi ini akan memberikan manfaat kepada anda agar peka dengan harga emas.

Tapi saya ingatkan bahawa harga emas nie bukan harga kawalan. Jadi setiap penjual emas boleh letak harga mengikut kehendak masing-masing. So, sebagai buyer, anda boleh tawar menawar dengan penjual. Takder masalah..

Ok then, jika ada soalan dan pertanyaan, sila letakkan di bahagian komen. InsyaAllah saya akan cuba menjawab untuk anda.

Sila kunjungi forum jutawanemas.com untuk perbincangan mengenai pelaburan emas. Disana lebih ramai orang dan best kalau nak bincang :)

Read more »

Wednesday, September 22, 2010

Kejatuhan ekonomi Amerika: Kembali kuasa dinar emas

Ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang menjadi tonggak kepada ekonomi kapitalis kini berada pada tahap terburuk dan lembap. Kelembapan itu turut menjangkiti negara-negara lain di dunia. Tiga per empat daripada dolarnya berada diluar negara dengan nilai yang terus menyusut.

Kegemilangannya dilihat terus merudum. Tidak seperti detik bersejarah Perjanjian Bretton Woods pada tahun 1944 yang telah menipu dan memperdaya 44 buah negara supaya bersetuju menyandarkan mata wang kertas negara mereka kepada dolar AS. Tipu daya itu berlangsung menerusi jaminan adikuasa itu bahawa dolarnya adalah bersandarkan kepada emas iaitu sebanyak US$35 bagi setiap auns.

Penipuan terbesar adalah semasa pemerintahan Presiden Nixon yang mana pada tanggal 15 Ogos 1971 secara unileteral telah memungkiri perjanjian Bretton Woods dengan tidak lagi menyandarkan dolarnya kepada emas akibat kemelesetan ekonomi yang disebabkan oleh keperluan pembiayaan Perang Vietnam serta defisit imbangan pembayaran yang berterusan.

Semenjak runtuhnya Perjanjian Bretton Woods, sistem kewangan dunia telah digantikan dengan sistem mata wang apungan di mana nilai mata wang sesebuah negara, dinilaikan pada mata wang negara lain. Kaedah ini mengakibatkan ketidaktentuan turun naik nilai mata wang sekaligus memberi peluang kepada spekulator mata wang mengaut keuntungan atas kerugian negara lain. Richard Duncan, dalam bukunya “The Dollar Crisis,” meramalkan kemungkinan satu krisis ekonomi yang mungkin lebih buruk daripada ‘Great Depression’ seandainya sistem kewangan sekarang diteruskan.

Melihat kepada kekurangan yang ada pada sistem mata wang apungan ini, ramai pakar ekonomi berpendapat bahawa penggunaan dinar emas adalah sangat disyorkan agar digunapakai kembali sebagai alat menyimpan nilai dan perantara pertukaran terutama dalam perdagangan antarabangsa. Langkah ini disyorkan kerana dinar emas terkenal dengan sifat stabil terhadap aktiviti spekulasi dan manipulasi.

Dari segi tabungan, emas lebih stabil berbanding wang kertas kerana nilainya tidak mengalami turun naik yang ekstrem dan tidak merosot akibat inflasi. Dari segi zakat, hukum Islam menetapkan bahawa zakat hanya boleh dibayar dalam bentuk barangan nyata. Dinar emas sangat sesuai berbanding wang kertas kerana wang kertas hanya laku atas jaminan kerajaan yang mengeluarkannya. Sedangkan emas tidak memerlukan mana-mana pihak untuk mengesahkan nilainya kerana ia dengan sendirinya mempunyai nilai.

Umar Ibrahim Vadillo merupakan individu yang melihat penggunaan dinar emas sebagai jalan penyelesaian kepada krisis ekonomi dunia. Beliau telah berusaha keras untuk mencipta iklim ekonomi yang bersandarkan dinar emas yang sepatutnya menjadi mata wang umat Islam. Malah, beliau juga yang telah melobi Tun Mahathir selepas negara di landa krisis mata wang pada tahun 1997 untuk bertukar kepada penggunaan dinar emas. Hujahnya, mata wang dinar emas bukan sahaja mampu dijadikan sebagai kaedah utama pembayaran berikutan terdapat lebih daripada satu bilion umat Islam di dunia ini malah kedudukan ekonomi sesebuah negara akan lebih terjamin kerana dinar emas merupakan komoditi yang mempunyai harga yang stabil.

Pada tanggal 18 Ogos 1991, beliau dengan lantang telah mengeluarkan fatwa bahawa wang kertas adalah haram. Fatwa berkenaan merumuskan bahawa wang kertas adalah satu bentuk hutang (janji yang dibayar oleh pihak yang mengeluarkannya) dan oleh itu tidak boleh digunakan sebagai alat pembayaran. Ini bertepatan dengan takrifan daripada Imam Malik r.a. yang mentakrifkan wang sebagai “sebarang komodititi yang diterima umum digunakan sebagai alat pertukaran”. Oleh yang demikian, manusia mempunyai kebebasan untuk memilih sebarang komoditi yang bernilai sebagai mata wang dan bukan mata wang yang dipaksa nilai ke atasnya.

Menyelusuri sejarah, dinar emas telah menjadi piawai bagi mata wang dunia, selama beribu-ribu tahun, sehinggalah ia diganti kepada wang kertas dolar hanya pada awal tahun 1970-an.

Dinar berasal dari perkataan bahasa Latin Denarius iaitu matawang yang digunakan oleh Kerajaan Rom yang diperbuat dari logam perak. Ianya digunakan pada tahun 211 sebelum masihi di mana 1 denarius perak beratnya kira – kira 4.5 gram.

Dari perkataan Denarius ini, wujudlah pelbagai matawang yang lain seperti Denier (mata wang perak Perancis), Denaro (mata wang perak Itali), Dinar (mata wang emas Islam), Dinero (mata wang perak Sepanyol) dan Dinheiro (mata wang perak Portugis).

Pada penghujung zaman Republik Roman, mata wang Denarius dari logam emas mula digunakan dengan dikenali sebagai Denarius Aureus yang bermaksud Denarius Emas. Semenjak dari itu, perkembangan mata wang emas telah berubah mengikut peredaran zaman di mana semasa pemerintahan Constantine The Great (306 – 377 Tahun Masihi) mata wang emas lama telah ditukar dengan mata wang yang lebih ringan yang dikenali sebagai Solidus yang beratnya 4.5 gram.

Mata wang emas Solidus ini telah digunakan sehingga berakhirnya zaman Empayar Byzantium dan telah tersebar penggunaannya ke seluruh Semenanjung Tanah Arab sehinggalah ke zaman awal Islam. Dari zaman bermula berkembangnya agama Islam, penggunaan mata wang dinar emas dan dirham perak dari Parsi telah digunakan menjadi mata wang bagi setiap ummah ketika itu dalam urusan jual beli.

Hanya pada zaman pemerintahan Khalifah yang ke-3 iaitu Khalifah Saiyidina Ummar al-Khattab (13 – 23 hijrah / 633 – 644 masihi), penggunaan mata wang dinar dan dirham mula dikawal dari segi corak dan berat. Di bawah pemerintahan Khalifah Ummar, corak mata wang Islam telah diukir dengan nama Allah s.w.t. dan sebahagian dari ayat-ayat suci al-Quran. Berat mata wang Islam ini juga telah ditetapkan iaitu mata wang dinar mestilah mengandungi emas seberat 1 mithqal (iaitu seberat 4.25 gram ukuran pada masa kini). Manakala bagi mata wang dirham pula, beratnya adalah sebanyak 2.975 gram perak (ukuran pada masa kini) di mana jika nilai tukarannya dengan dinar ialah 7 dinar emas bersamaan dengan 10 dirham perak.

Kepentingan dinar emas jelas dicatat dalam buku Ibn Khaldun yang bertajuk “al-Muqaddimah.” Di dalam buku tersebut, mencatatkan akan wahyu Allah s.w.t. memasukkan dinar serta dirham dan ini telah membawa bersamanya banyak kaitan dalam hukum seperti zakat, perkahwinan dan hudud. Sebab itu di dalam wahyu Allah s.w.t. dengan jelas telah menyatakan akan ukuran yang tetap mengenai zakat dan sebagainya dengan menggunakan dinar dan dirham tidak dengan yang lain.

Islam mementingkan keredaan Allah s.w.t. dalam setiap pelakuan dan pekerjaan yang dilakukan kerana keredaan Allah s.w.t. akan memberikan kesejahteraan kepada kehidupan dunia dan akhirat. Idea mengembalikan dinar emas bukan suatu perkara kecil kerana ia secara langsung atau tidak, turut melibatkan soal sistem sosial, ekonomi, politik, dan, keberkatan dari-Nya.

Malah, kelemahan umat Islam sedunia mula ketara apabila berakhirnya penggunaan dinar emas. Menurut sejarah, pemerintahan Islam di bawah Khalifah Uthmaniyah di Istanbul, Turki telah dihelah dengan kemajuan dan pembangunan. Pinjaman wang kertas daripada Eropah untuk membangunkan Turki telah menjadikan negara tersebut berhutang dan melalui sistem wang kertas bersama riba telah melemahkan pemerintahan Khalifah.

Riba sangat dibenci Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Ini diterangkan dalam al-Quran yang bermaksud: “Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah bahawa Allah dan Rasul-Nya akan memerangi kamu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya,” (al Baqarah:279).

Memang tidak dapat dinafikan, sistem wang dunia berasaskan wang kertas dan berlandaskan riba ini telah telah membawa kepada banyak kerosakan seperti kemiskinan, kerosakan alam sekitar, monopoli pengeluaran dan pengedaran. Sistem ini juga menimbulkan berbagai masalah seperti pengangguran, jenayah, maksiat dan kejatuhan moral. Sistem ini yang dikendalikan oleh institusi perbankan, sistem demokrasi dan ahli politik yang tidak bertanggungjawab telah memberi sumbangan kepada kesengsaraan masyarakat dunia.

Ibnu Abbas r.a. dari Ishaq Ibn Basheer dan Ibn Asakir di Kanz al-Ummal mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud: “Orang yang pertama mengikuti Dajjal adalah 70,000 orang Yahudi…dan antara tanda pelepasan Dajjal adalah amalan riba.”

Kini, dinar emas telah kembali dan ramai umat Islam dan bukan Islam dari seluruh dunia menyeru supaya dinar emas ini dikembalikan. Ditengah-tengah kekalutan ekonomi yang melanda kini, kilauan dinar emas dilihat dapat mengembalikan sistem kewangan yang lebih munasabah dan mantap. Ramai yang telah sedar akan tipu helah sistem kewangan yang ada dan masyarakat dunia sudah mula meminta supaya mengembalikan kebebasan untuk memilih. Sekiranya demokrasi dilaungkan di seluruh dunia supaya diamalkan dalam semua perkara, mengapa tidak kebebasan diberikan untuk memilih dinar sebagai wang?

thanks to >> http://www.dppnjohor.blogspot.com/

Read more »

pRODUK eMAS pUBLIC gOLD

Produk jualan kami ialah emas keluaran Public Gold seperti di bawah :

1) Emas Keping / Bar Public Gold – berat 20g, purity 24k, 999.9

2) Emas Keping / Bar Public Gold – berat 50g, purity 24k, 999.9

50g20g

3) Emas Keping / Bar Public Gold – berat 100g, purity 24k, 999.9

100gram

Our Dinar PDF Print E-mail

Gold Dinar Coins

Dinar 1
Ingot dinar_1.png
Diameter 18mm
Metal Au
Weight 4.25g
Thickness 0.72mm
Purity 916
Dinar 5
Ingot dinar_5.png
Diameter 32mm
Metal Au
Weight 21.25g
Thickness 1.5mm
Purity 916
Dinar 10
Ingot dinar_10.png
Diameter 38mm
Metal Au
Weight 42.5g
Thickness 2.18mm
Purity 916

Harga jualan – mengikut harga semasa di laman http://publicgold.com.my dan http://publicdinar.com/ atau

LIVE GOLD PRICE charts: Live Gold Price

Public Gold Authorised Dealers –

ABDUL RAZAK ALI 0173172345

Delivery charges:

Item

Transportation Cost for West Malaysia (RM)

Transportation Cost for East Malaysia (RM)

Gold Bar 20 grams

10

20

Gold Bar 50 grams

20

40

Gold Bar 100 grams

30

60

Kilobar 1000 grams

500

1000

Gold Coin 50 grams

20

40

Read more »

Tuesday, September 21, 2010

Kenapa semua orang PERLU menyimpan emas

Seperti yang kita sudah sedia maklum, emas memang menjadi sumber pelaburan paling selamat sejak dari zaman dulu lagi. Tetapi masih ramai lagi rakyat di Malaysia ini tidak menyedari akan kepentingan pelaburan emas ini.

Mengapa kita perlu menyimpan emas?

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
—————————————————-——
Sejak dari dulu lagi emas menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.

Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh
menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
—————————————————————–—————————–
Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Siapa
yang simpan emas sejak masa itu, memang menguntungkan!

Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun. Siapa nak
bagi anda untung setinggi ini? ASB jika tinggi pun, anda akan dapat 12% setahun. Yang mana satu lebih untung?

Jika anda kawin pada tahun 2001, barang kemas 916 dibeli pada harga RM50 segram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM122 segram!!

3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
—————————————————————–——————————-
Senang saja. Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan sekarang – tahun 2009? RM 5 sehari pun tidak cukup..

4. Aset yang terunggul
————————————
Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah negara kita dilanda peperangan. Kita lari dengan membawa emas ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan emas itu, kita mampu hidup di negara tersebut. Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah ianya laku di negara lain? Ibarat ‘wang kertas Iraq’ yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan.

5. Ia tidak boleh dimanipulasikan
—————————————————-
Emas sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.

Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Rm 1 juta hari ini tidak akan bernilai RM1 juta lagi pada 5 tahun akan datang.

Read more »

Public Bank Gold Investment Account

Salah satu alternatif kpd sesiapa yg ingin melibatkan diri dlm pelaburan emas ialah dengan membuka Akaun Pelaburan Emas Public Bank. Keterangan lanjut disini .

Kelebihan :

1) Anda tidak perlu pening kepala memikirkan tempat untuk menyimpan emas, kerana ia tidak melibatkan pembelian emas fizikal. Sebarang transaksi jual/beli akan direkodkan ke dalam sebuah passbook yang disediakan kpd pelabur.

2) Modal yg kecil seminima 10g (bersamaan RM874.50 berdasarkan harga hari ini RM87.45/gram) untuk memulakan pelaburan.

3) Modal yg kecil untuk menambah pelaburan iaitu seminima 5g.

4) Kadar spread yang rendah antara harga belian dan jualan balik.

Kelemahan:

1) Anda tidak mendapat emas fizikal, oleh itu anda tak boleh gadai . :)

Read more »

Kenapa pilih pelaburan Emas?

Kenapa emas? Kadangkala kita seringkali lihat makcik2 kita, tak kira siapa, mak sedara, nenek kita, nenek kawan2 kita atau makcik2 di kampung kita, di pasar2, di mana sahaja, kalau di Terengganu ni, anda pergi lah jenguk di pasar payang, kalau di Kelantan, pegi pasar siti khadijah, makcik2 pakai gelang emas sampai ke siku! Pernahkah kita terfikir kenapa? bukan cantik sangat pun pakai gelang emas sampai ke siku, atau pakai rantai sampai berat leher? Begitu juga, jangan lupa tayangan anak mami yg mengagongkan emas di lengan?

Ini semua adalah kerana nilai emas itu sendiri, makcik2 yang dah tua tu pun tau nilai emas yang tak pernah turun-turun, malangnya kita yg berpelajaran, yg berinternet, yang terlebih ilmu ni ‘kurang’ tau menilai aset yang sangat bernilai ini. ‘Kurang tau menilai’ ini, menyebabkan kita kurang ‘excited’ untuk memilikinya. Kita tinggalkan kegilaan memiliki emas ni kpd isteri kita sahaja, biarlah orang rumah kita sahaja yg beli dan pakai. Malangnya kita, kita sibuk cari bisnes2 lain, masuk MLM itu ini, skim cepat kaya semua kita cuba. Padahal semua modal2 kita yg dahulu yg hangus dlm skim2 tu, kalau kita beli emas dari dulu, mungkin sekarang kita dah kaya-raya atas kenaikan harga emas di pasaran yg tak pernah turun2!.

Saya tidak berkata kepada anda sahaja, kerana saya juga begitu. Saya selalu dengar tok nenek saya cakap, kalau dapat anak perempuan, sekurang-kurangnya kena ada jugak emas, “besar janggut udang pun takpe”. Betapa dalam maksudnya jika saya teliti dari dulu, nak gambarkan betapa tingginya nilai emas yang tak akan turun.

Kita berbalik pula kepada cerita makcik di pasar khadijah dan pasar kedai payang, urat urat emas ditangan bukan sahaja bermakna kejayaan dalam perniagaan mereka atau lambang perhiasan mereka, ia juga lambang simpanan dan pelaburan mereka. Apabila masa kemarau datang, mungkin urat urat emas ini akan di pajakkan kepada tukang tukang pajak, dan ditebus apabila mampu kembali.
Kenapa memilih emas sebagai salah satu portfolio pelaburan anda?

Cuba teliti tajuk berkenaan, saya tidak mencadangkan anda memilih emas sebagai pelaburan alternatif, tetapi saya mencadangkan supaya emas dijadikan salah satu portfolio pelaburan anda. Dengan kata lain, kalau boleh, jadikan pelaburan emas ini sebagai pelaburan anda yang utama.

Faktanya jelas:

* Emas adalah simpanan jangka sederhana dan panjang yang selamat di mana harga emas sentiasa menunjukkan peningkatan. Harga (USD) utk 1 oz seperti berikut; Tahun 2003, usd337-398, 2004 usd387-452, 2005 usd423-509.
* Emas mempunyai nilai tersendiri tidak seperti wang yang merujuk kepada pasaran global semasa.
* Emas bernilai sejak zaman dahulu kala hingga sekarang tidak kira apa jua berlaku terhadap peradaban dunia.
* Emas bernilai dan merupakan simpanan yang kukuh lebih daripada wang pada semua keadaan seperti waktu peperangan atau kegawatan ekonomi.
* Berdasarkan prestasi nilai emas, purata peningkatan nilai mencatatkan rekod 10% atau lebih setiap tahun.

Sila rujuk graf kenaikan harga emas di bawah untuk melihat unjuran peningkatan 10 tahun sehingga Julai 08.

Read more »